Bismillah walhamdulillah...
Dulu, masa muda-muda banyak cita-cita yang tersenarai. Ada antara cita-cita tu yang kalau ada rezeki memang nak capai sampai ke satu peringkat.
Para ummi yang lain pernah rasa macam tu tak?
Kebanyakan kawan-kawan ummi, berhenti kerja sebab nak jaga anak. Rasa macam anak-anak terabai bila kesibukan dengan kerja tak pernah habis. Sedar-sedar je anak dah besar. Maka, pelbagai perancangan dan usaha yang dibuat agar dapat mendidik anak sendiri di rumah di samping tetap menjana pendapatan untuk keluarga. Ummi respect dengan kawan-kawan ummi ni.
Ummi pulak lain ceritanya. Selepas bernikah dan berpindah ke tempat baru, ummi tiada pekerjaan. Sempatlah juga menjadi guru ganti tak sampai 3 bulan. Selepas tu, ummi pilih untuk tidak bekerja kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Maklumlah, tengah awal-awal bulan. Terasa ada ke majikan yang nak ambil ummi bekerja dalam keadaan macam ni.
Maka, 3-4 bulan pertama, 'sibuklah' ummi melayan loya dan mual. Kadang-kadang lega dapat rehat. Kadang-kadang sunyi juga, tak ada apa nak buat. Rasa macam otak tak berfungsi. Haha.
Dipendekkan cerita, ummi pun mencari-cari la sesuatu yang boleh ummi buat hanya dari rumah dan masa yang fleksibel. Lama juga ummi ambil masa. Cari info, filter dan pilih. Insyaallah, apa nak dibuat dah ada. Tinggal nak laksanakan je kan. Usaha je. Dapat atau tak, Allah yang tentukan rezeki kita. Kuncinya yakinlah. JUST DO IT!
Para ummi di luar sana, masih tercari-cari macam ummi dulu? Cuba tengok video ni. Ada tips menarik untuk anda. Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment