Saturday, November 8, 2014

Jatuh Berkali-kali

Bismillah walhamdulillah...

Tajuk macam negatif je kan. Tak kisah la. Yang penting inilah yang selalu mengingatkan saya untuk sentiasa perbaharui niat.

Cita-cita nak jadi WAHM ingatkan mudah. Semuanya nampak fleksibel. Urus anak, urus rumahtangga, urus suami. Eh?. Hehe. Bila rasa sendiri pengalaman WAHM, nak stabilkan pekerjaan, masa yang sama urus keperluan anak semua, baru tahu betapa mencabar hidup ini dan seisinya. Fuh...

Ihsan Google

Apa masalah yang saya hadapi untuk bermula sebagai WAHM?

1. Melayan anak. (Kesian anak dijadikan alasan pula.)
2. Urusan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis.
3. Bila dapat ruang masa, tiada idea pula nak siapkan tugas.

La, bila di senaraikan pendek je masalah saya. Huhu.

Sudah banyak kali saya cuba jaya untuk mengatasi masalah-masalah ini.
Setakat ini, pemyelesaian saya:

1. Siang, urus anak dan kerja-kerja rumah yang paling utama.
    Walau bagaimanapun, saya akan berusaha ke dunia kerja online saya 1-2 jam tanpa fokus. Saya akan mencuri 1 waktu yang Dawud tidur, dan saya akan tidur sekali agar dapat bertahan sehingga lewat malam nanti. Semestinya waktu Dawud tidur, saya bergegas menyiapkan kerja-kerja rumah yang memerlukan saya tinggalkan Dawud dalam tempoh yang lama. Ye lah, anak ini tengah seronok merangkak ke sana sini. Dia sedang mengembara dengan caranya.

2. Bermula dari Abi Dawud pulang dari pejabatnya sehingga masuk waktu Isyak, adalah 'peak-hour' saya. Masa inilah, saya akan masak 'dinner' kami dan 'lunch' saya untuk esok. Abi boleh tengok-tengokkan Dawud. Ummi pula tung tang kat dapur dengan periuk kuali bagai :) Selepas Isyak, saya curi masa untuk rehatkan badan. Santai-santai dengan famili.

3. Disebabkan saya perlukan fokus, saya pastikan Dawud tidur seawal jam  9.30-10 malam. Ini masa untuk saya tidurkan dia. Belum tentu dia nak tidur. Nanti, tengok-tengok dah tenang semua, Dawud dah selamat tidur, jam dah pukul 11 malam..Huaa.. Kadang-kadang jam 12 tengah malam. Masa ni, saya bolehlah masuk SOHO buat apa yang patut hingga jam 2-3 pagi. (macam sekarang ni)

Allahu, teruk kan jadual WAHM saya? Setakat ini, inilah cara terbaik yang saya usahakan. Siang memang tak dapat fokus. Dawud perlukan perhatian. Jadi, inilah cara saya yang dah masuk 2 minggu ni. Target saya, sehingga kerja WAHM saya membuahkan hasil yang memberangsangkan. Lepas tu, kita rancang lain pula ;)

Apa pun, alhamdulillah, hidup masih cukup makan dan pakai walaupun, WAHM ni semput-semput dibuatnya. Kerja dan perancangan memang selalu ke laut kata orang. Berkali-kali dah rancang. Berkali-kali buat pelan itu dan ini. Dan berkali-kali jugalah saya 'jatuh'.

Namun, saya tetap bangun. Saya cari dan gali ilmu. Apabila jatuh, rancang semula dan usaha untuk laksanakan.

No comments:

Post a Comment