Alhamdulillah. Setelah banyak kali berfikir-fikir, kira, tambah tolak darab bahagi. Akhirnya berjaya juga wujudkan SOHO sendiri yang selama ini hanyalah bayangan sahaja. Eh? .
Sebelum tu, nak kongsi antara panduan reka letak tempat kerja. Boleh guna juga untuk SOHO kita. Saya rujuk sini . Muslim Productive. Pernah dengar tak?
![]() |
| Kredit : Productive Muslim |
1. Luruskan niat dan jangan lupa baca doa.
2. Hadkan peralatan di atas meja. Gunakan yang perlu sahaja. (Tak lah semakkan, mata memandang. Luas je rasa ;)
3. Gantung/tampalkan kata-kata motivasi agar semangat kerja terus terpacu dan FOKUS.
4. Pasang 'timer' selama 90 minit setiap sesi kerja. Apabila tamat, pasang lagi untuk 5 minit selepasnya untuk rehat dan caj diri.
5. Letak gajet jauh sedikit agar tidak leka. (Kalau saya, telefon mesti letak sebelah. Ada mesej/panggilan penting tanpa dijangka.) Apa yang penting bersederhana. Tak boleh tengok gajet sepanjang masa. Mesti ada hadnya.
6. Ada duit lebih, beli lah kerusi yang selesa. Jika tidak, silap-silap boleh sakit pinggang dan belakang pulak nanti.
7. Letak sebotol air kosong berhampiran dan banyakkan minum agar tidak terdehidrasi.
8. Hadkan membuka 'windows' yang tidak berkaitan dengan kerja semasa sesi kerja berjalan.

No comments:
Post a Comment