Thursday, April 30, 2015

Ada Apa Dengan Kalori?

Bismillah walhamdulillah...

Teks: Sumber adalah daripada majalah JOM isu #31, namun ditulis semula berdasarkan pemahaman penulis.

Contoh Maklumat Pemakanan pada Bungkusan Produk. (Google)

Pernah tengok tak maklumat pemakanan pada bungkusan macam kat atas ni? Faham ke nak baca?

Jadi, apa yang perlu adalah kita fahamkan konsep kalori.

Kalori adalah unit tenaga. 1 kalori adalah jumlah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 gram air kepada 1 darjah Celcius (C). Kalori adalah tenaga dalam makanan dan tenaga yang digunakan oleh tubuh.

Analogi Kalori.

Senang nak faham, kita gunakan benda yang mudah dilihat dan difahami. Macam kenderaan dan petrol. 

Kenderaan perlukan petrol sebagai bahan bakar untuknya bergerak. Petrol akan dibakar dan menghasilkan tenaga yang boleh menggerakkan kenderaan. Mudah kan?

Sama juga halnya dengan kalori dalam makanan. Makanan adalah bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh supaya tubuh boleh beraktiviti dan setiap manusia mempunyai kadar aktiviti yang berbeza. Walau bagaimanapun, kalori yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak tubuh. Ia akan berada di tisu adipos seperti di bawah lengan. Agak-agak dah tahu ke, mana datang lebihan pada tubuh kita tu? :)

Jadi, untuk mengelakkan keadaan lebihan itu, kita gunapakai konsep keperluan bahan bakar dan pergerakan tadi.

Jika nak kurangkan berat badan,

Ambil makanan yang kurang kalori, lebih banyak bergerak/beraktiviti.

Jika nak tambah berat badan, 

Ambil makanan lebih kalori berbanding yang hendak dibakar, namun masih perlu terus bergerak/beraktiviti.

Disamping itu, beberapa pantauan terhadap prestasi kesihatan harus diambil berat. Antaranya:

1) Pastikan BMI tidak melebihi 25. Ini bermakna kena sentiasa ambil tahu berat badan terkini anda.

2) Kenalpasti sejarah penyakit keluarga. Penyakit-penyakit seperti jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, barah dan sebagainya yang berkaitan dengan keturunan. ATAU jika mengalami sendiri simptom-simptom tersebut.

3) Buat pemeriksaan jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 35 inci bagi wanita, dan melebihi 40 inci bagi lelaki.


Mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, lebih baik kita cegah kerana kos untuk mengubati akan jadi lebih mahal. Kita pun jadi tak bersemangat kalau sakit kan. Banyak kerja tertangguh. Orang yang tersayang pun boleh terabai.


No comments:

Post a Comment