Zaman sekarang macam-macam penyakit baru timbul. Penyakit yang dulu orang dah berusia sahaja yang alami, sekarang penyakit-penyakit ni tak kira umur, jantina. Budak-budak pun boleh kena.
Semuanya atas kuasa Allah. Apa pun, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jom kita tengok faktor-faktor yang mempengaruhi. Insyaallah, boleh kita sama-sama buat pencegahan.
5 Sebab Utama Mudah Jatuh Sakit.
1. Pencemaran
Alam sekitar kita dah semakin tercemar. Bumi semakin tua. Tak mampu dah nak tampung pencemaran yang kita buat. Cuaca sekarang panas, tanda banyaknya kandungan karbin dioksida dalam udara kita. Asap merata-rata. Pokok semakin kurang. Banyak yang ditebang, buat pembangunan. Banjir kilat, tanah runtuh, jerebu saban tahun berlaku.
Akibatnya sakit seperti batuk,demam dan selesema dah jadi penyakit yang biasa. Klinik pun penuh. Sistem imun lemah.
2. Makanan Kurang Berkhasiat
Sayuran dan buah-buahan yang ditanam banyak guna racun.
Komitmen nak capai saiz hidangan yang berkhasiat setiap hari seperti dalam piramid makanan bukan perkara yang mudah. Ya, walaupun syurga makanan di mana-mana.
Sebagai contoh, sayur perlu diambil 3 sajian setiap hari. Setiap sajian sayur bersamaan dengan 1/2 cawan. Agak-agak cukup tak 3 sajian sayur/hari anda?
Itu belum termasuk lagi dengan makanan yang memang tak berkhasiat (baca; segera, banyak gula, banyak garam, banyak lemak). Ha, pandai-pandailah.
3. Gaya hidup yang tidak sihat
Rata-rata kita bangun pagi, bersiap nak pergi kerja. Balik kerja jam 6 petang dan ke atas. Tak sempat masak, makan di luar dengan kawan-kawan. Balik rumah dah malam. Kalau musim bola, layan TV pulak. Yang student, malam-malam la nak study, buat assignment. Waktu siang dah peruntukkan buat perkara lain. Nak tak nak kena juga berjaga sampai lewat malam.
Maka terjadilah keadaan kurang tidur dan kurang bersenam. Badan jadi cepat letih. KENAPA?
Mengikut kajian, waktu yang bagus untuk tidur dan rehatkan badan adalah jam 10 malam sehingga 3 pagi. Pada waktu ini, hati akan menjalankan proses detoksifikasi iaitu membuang toksin-toksin yang terkumpul dalam badan. Jadi, bila kita berjaga pada waktu ini, proses ini terganggu. Sebab tu akhirnya kita jadi lesu, lemah longlai.
4. Tekanan hidup
Demi memenuhi keperluan dan kehendak semasa, semua orang sanggup bekerja keras. Asalkan dapat hidup selesa. Kesannya, terjadilah gaya hidup yang tidak sihat. Semuanya jadi instant. Ini bukan sahaja mempengaruhi keadaan luaran, bahkan memberi kesan yang mendalam terhadap mental dan spiritual. Maka penyakit seperti lemah jantung dan tekanan darah tinggi semakin mudah dihidapi.
5. Pengambilan Ubat Berlebihan
Hidup yang terlalu bergantung kepada ubat akan memberi kesan jangka panjang terhadap buah pinggang. Bukan nak kata jangan makan ubat. Boleh, tapi jangan berlebihan.
Pengambilan ubat yang berlebihan akan menganggu penyerapan nutrien ke dalam badan.

No comments:
Post a Comment