Bismillah walhamdulillah...
Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan, malah mengangkat darjat manusia lebih tinggi dari makhluk yang lain. Manusia terdiri daripada 3 komponen utama yang penting. Komponen ini adalah sumber faktor-faktor tekanan anda dan pada masa yang sama turut menjadi sumber penyelesaiannya. Nak tahu?
1. Tubuh badan/ Jasad
Anda pernah sakit? Apa yang anda rasakan? Sudah tentu tidak selesa bukan. Selera makan pun hilang. Makanan yang paling sedap pun boleh kita lepaskan macam itu sahaja bila tubuh badan kita sakit. Bagaimana dengan tugas kerja? Jadi banyak tertangguh kan? Sebab kita tidak boleh berfikir dengan baik dan menunaikan dengan cepat kerana kesihatan yang terganggu.
Semua ini, akhirnya menjadikan kita tertekan. Bila sakit perlukan rehat tetapi bila rehat, kerja menggunung pula.
Cara Atasi:
Badan yang sihat akan melahirkan otak yang cerdas. Bila kita sihat, kerja-kerja kita dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah. Badan yang sihat lahir daripada pemakanan dan cara hidup yang sihat.
Pemakanan: Tentulah dengan pemakanan yang seimbang. Ambil berat keperluan nutrisi oleh tubuh. Jika perlu, ambillah makanan tambahan agar dapat membekalkan vitamin dan mineral penting supaya tubuh dapat menjalankan proses dengan efisien.
Cara hidup yang sihat: Rutin harian kita juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan tubuh. Banyakkan bergerak (beraktiviti) berbanding banyak duduk/baring, boleh mengurangkan metabolisme badan.
2. Akal
Apabila kita tertekan, kita akan rasa serabut dan tidak boleh nak berfikir dengan betul. Selalunya ini akan menyebabkan kita banyak membuat keputusan dengan emosi dek kerana 'hilang' kemampuan berfikir tadi. Sebab itulah paling teruk, orang yang tertekan ni akan buat tindakan-tindakan yang tidak wajar seperti membunuh diri. Na'uzubillahi min dzalik.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”
(An-Nisa’ : 29)
“Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur’an).” (QS. Al-Kahfi ; 6)
Cara Atasi:
Jika badan perlukan makanan zahir, akal juga ada makanannya. Supaya setiap selnya saling berhubung yang menunjukkan kita berfikir dengan waras dan tenang.
Untuk memastikan akal sihat dan boleh berfikir dengan baik, akal harus diisi dengan I.L.M.U. Pernah tak alami rasa tepu tak boleh berfikir? Itu salah satu tanda akal anda perlukan refreshing ilmu :)
Bila ada ilmu,barulah akal akan berfikir.
Bukankah wahyu pertama adalah perintah membaca?
“ Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui.”
(Surah Al-‘Alaq 96: 1-5)
Bagaimana nak cari ilmu?
Pertama, dengan dalil di atas. Membaca.
Kedua,
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. " (Ali Imran 190-191)
3. Spiritual/ Ruh
Tubuh yang sakit boleh nampak. Tapi, ruh yang sakit, kita sahaja yang merasa perit dan deritanya. Lebih teruk lagi, ruh yang sakit juga boleh beri kesan kepada orang sekeliling kita seperti tersinggung dengan cara kita, bencikan kita dsb.
Cara Atasi:
Tidak ada cara lain lagi melainkan dengan memperbanyak mengingati Allah (zikrullah) untuk menghidupkan hati.
InsyaAllah, apabila kita perhatikan dan menjaga ketiga-tiga komponen ini, kita akan merasa nikmat zahir dan batin. Nikmat zahir, hidup gembira, disenangi orang, kerja lancar, hidup senang. Nikmat batin, jiwa tenang tenteram, rasa manisnya iman dan taqwa.
Sekarang dah tahu nak buat apa untuk hilangkan stres? Cuba share, mana tahu cara anda beri inspirasi pada orang lain. MasyaAllah, dapat pahala. Senang je kan Allah bagi pahala pada kita?


No comments:
Post a Comment