Lain padang lain belalang. Zaman sekarang ni, macam-macam petua orang berpantang untuk pulihkan badan selepas bersalin. Ikuti 5 rutin yang dapat pulihkan badan selepas bersalin.
1. Terus Menyusu
Menyusukan bayi dengan susu badan merupakan cara yang cepat untuk mendapatkan berat yang ideal dan mengembalikan bentuk tubuh sekaligus mengecutkan rahim. Elakkan serta kurangkan pengambilan makanan berlemak dan sejuk. Apabila anda menyusukan bayi, secara tidak langsung anda menjaga pemakanan demi kesihatan bayi.
2. Gunakan bengkung
Pemakaian bengkung yang berterusan akan membantu mengecilkan otot-otot yang mengembang pada bahagian perut walaupun ramai yang tahu, pemakaian bengkung panas dan tak selesa. Tapi,...
3. Kudapan
Selepas bersalin dan menyusukan bayi memang anda akan cepat berasa lapar. Jangan biarkan perut kosong. Sementara menunggu waktu makan utama, makan snek akan membantu mengenyangkan perut dan mengurangkan pengambilan makana berat yang boleh menggemukkan badan. Syaratnya, gantikan snek ringan dengan buah-buahan ya!
4. Aktiviti Fizikal
Tidak bermakna anda sedang pulih, anda hanya duduk diam berehat ya. Selain bersenam, bermain dengan bayi juga antara aktiviti fizikal yang boleh diamalkan. Apa yang penting, badan bergerak dan beraktiviti.
5. Jalan Kaki
Amalkan berjalan kaki ketika bayi tidur dapat membantu menurunkan berat badan. Hanya 15 minit.
Kredit artikel: Mingguan Wanita

No comments:
Post a Comment