Thursday, July 9, 2015

5 Makanan Atasi Perut Buncit

Bismillah walhamdulillah…


Ada satu masalah besar ibu-ibu selepas bersalin. Apa dia? Apa lagi kalau bukan nak mengembalikan bentuk tubuh macam masa jadi pengantin dulu. Ye tak? Siapa tak nak badan langsing, cergas walaupun selepas melahirkan anak.

Jadi ibu ni, tak cukup kita nak cantik luaran sahaja. Dalaman pun penting juga. Kalau orang biasa nak langsing, kulit tegang, halus sebab nak cantik sahaja. Tapi ibu super nak langsing, kurus, badan segar dan aktif supaya kita dapat menunaikan amanah kita yang super banyak tu. 

Perut buncit memang menggelisahkan ibu-ibu tentang penampilan. Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan tumbuhan yang boleh atasi perut buncit secara alami.

1. Betik





Enzim papain dalam betik membantu melancarkan proses pencernaan. Proses pencernaan yang baik penting supaya tiada gas di dalam perut. Maka perut akan cepat kempis.

2. Nanas.

Nanas tinggi dengan kandungan enzim bromelin baik untuk pencernaan kerana berfungsi mencegah gas dalam perut sekaligus membersihkannya. Buah nanas pilihan terbaik untuk elak perut buncit, namun tidak sesuai bagi yang baru melahirkan.

3. Aprikot
Mengandungi enzim lipase yang tinggi boleh membantu memecahkan lemak dan memindahkan makanan ke usus. Sekaligus mencegah pengumpulan gas di dalam perut. Kurang gas dalam perut, perut pun rata dan kempis.

4. Halia

Ramai dah yang tahu fungsi halia mengeluarkan angin dalam badan sekaligus meratakan perut. Biasanya halia dicampurkan dalam teh untuk membuang angin dan melancarkan proses pencernaan.

5. Jus lemon

Jus lemon boleh mengempiskan dan meratakan perut selain bagus untuk merawat sembelit apabila diminum sejam sebelum sarapan.

Sumber: Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment