Kebanyakan ibu pasti akan mengalami masalah usus seperti sembelit ketika hamil. Jika tidak segera dicegah boleh membawa kepada buasir dan penyakit-penyakit lain. Adalah penting usus ibu sihat ketika hamil agar usus bayi juga sihat. Ini kerana imunisasi daripada ibu dapat melindungi bayi dari bakteria jahat yang disalurkan melalui susu ibu.
Usus sihat penting untuk penghadaman yang baik. Ikuti 6 tips mudah ini agar usus ibu tetap sihat ketika hamil.
1. Amalkan makanan seimbang dan berkhasiat. Sentiasa perhatikan untuk mengambil serat, buah-buahan, sayur dan karbohidrat kompleks yang mencukupi sepanjang kehamilan. Sebenarnya sepanjang masa. Cuma ketika kehamilan, masalah penghadaman dan sembelit mudah terjadi.
2. Minum air yang cukup. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari yang bersamaan dengan 8 gelas. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
3. Bersenam mengikut kemampuan tubuh dan elakkan daripada menahan membuang air besar dan angin.
4. Ambil prebiotik dan probiotik. Biasanya terdapat dalam makanan seperti yogurt, keju, sup miso, kimchi, kefir dan sourdough.
5. Hadkan pengambilan gula dan makanan proses kerana ini akan meningkatkan kehadiran bakteria jahat dalam usus.
6. Jika anda penggemar yogurt dan susu berperisa, cuba bertukar kepada perisa aslisebagai alternatif mengurangkan gula dalam diet harian.
Psst, nak tahu usia usus anda? Cuba jawab ujian ini. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, soalan-soalan ini boleh trace usia usus kita. Klik sini. Selamat mencuba!
Sumber: Mingguan Wanita

No comments:
Post a Comment